Assalamualaikum W.B.T
Hye semua, Rosza datang kembali untuk review makanan SEAFOOD pulak kali ini 💗
Bagi peminat makanan laut, mesti korang semua teruja apabila Rosza kongsikan cerita mengenai sebuah kedai yang menawarkan pelbagai masakan yang berasasakan ketam 😍
Restaurant yang Rosza maksudkan itu adalah restaurant yang diberi nama Crabby Crab Seafood & Grill. Restaurant ini terletak di Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam. Restaurant ini terletak di bahagian corner. Jadi, senang sangat nak jumpa dan parking kereta korang tu.
JOM KITA MULAKAN!
Masuk kedai je korang akan nampak sign board mereka. "Welcome to Crabby Crab"- best places to take your selfie there 😝
Ruang yang cukup luas dan bersih 👍. Boleh lah datang beramai-ramai terutama sekali untuk keluarga 👪. Korang boleh nampak bahagian drink bar, so boleh usha mcm mana diorg bt air korang secara live 😂. Mereka juga ada menjual slices cake dan popia cheese 😍. Untuk kaum2 yang selalu habis battery handphone, dekat sini ade suis jugak, sambil-sambil makan tu bagi lah phone rehat dan topup battery dia, hihihi. Oppss, xlupa jugak ade tandas dekat belakang dan cermin muka yang besar, boleh tengok muka korg puas-puas dkt situ 😂😂😂
MENU Crabby Crab Seafood & Grill
Recommended menu adalah mega soft shell crab 😍
Mereka juga menawarkan hidangan seperti lala, sotong dan kerang kepah
Fisherman platter adalah top sale dekat restoran ni sebab berbaloi-baloi 😎
Pelbagai jenis minuman yang ditawarkan dan dessert pun ada okeyhhh
p/s: Rosza nak sangat durian ice cream 😭
Minuman yang dipesan
Teh lemon madu panas. Sesuai sangat untuk orang yang xsuka minum minuman yang sejuk. Dan madu dia sangat sedap 👍
Jus mangga. Jus mangga yang original tanpa tambahan gula. Boleh rasa mangga dia yang sedap 💗. Jenis manusia seperti Rosza, Rosza suka sangat minuman yang fresh, so Rosza recommend jus mangga ni
Banana milkshake. Sedap giler. Cukup segala cukup nya. Xterlebih manis itu paling penting 👍
Mocktail mojito 💗. Best mojito ever 😭. I wanna cry. Mojito ni paling sedap sekali yang Rosza pernah rasa. Sangat fresh dan sedap giler. Rosza bagi 5 bintang 💗💗💗💗💗. Rosza nak order lagi tapi kedai tutup dah 😭
Hidangan Makanan
Kteorg makan sampai kedai tutup okeyh 😂. Hidangan makanan datang satu persatu. Sebab kami orang istimewa 💁. Jum kita mulakan!
Waaaaaaaaaa.....terliur tak korang tengok ni? Ini adalah MEGA softshell crab burger with salted egg sauce. Omnomnomnom, sedap giler-giler. Especially the crab 👍😍. Hidangan ini di sertakan dengan crispy fries. Memang uhm!
Crabby soup. Hidangan yang simple but very nice. Sesuai makan time musim sejuk-sejuk atau malam. Hidangan ini membuatkan Rosza teringat akan suasana rumah di kampung dan masakan ibunda tercinta 😭. Hidangan ini memang Rosza recommended untuk korang order. Resepi rahsia daripada owner sendiri, katanya daripada Sabah 💗. AND ini adalah ketam bunga or flower crab.
Handsome x saya? 😂. Gigih posing tau 😂😂😂. Ini adalah Chili Crab. Ketam kali ni adalah ketam lumpur or known as mud crab. Besarkan? Besar sangat. This chili sauce manis-manis rasanya mcm mud crab tu jugak 😂. Korang yang suka pedas, nak lagi kick, korang boleh request tau! Jangan ckp Rosza xbagitau. LOL
Last but not least. Fisherman Platter 😍. Ini lah yang di nanti-nantikan. Fisherman platter ini dihidangkan di atas plastik yang berwarna putih. If korang xsuka makan ala-ala tradisional macam ini, korang boleh makan atas pinggan mcm biasa. Its up to guys 👌. Sos pilihan kami untuk fisherman platter adalah chilli sauce jugak. Memang sedap dan TERBAIK 👍
Kasi gambar dari atas pulak. Haaaaa~ nampak x? pelbagai jenis seafood dalam satu hidangan ini. Superb berbaloi. Fisherman Platter ini adalah antara hidangan kegemaran pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke Crabby Crab 😍. Dalam Fisherman Platter ini ade 7 jenis seafood tau! Ade sotong, udang, lala, kerang kepah, ketam bunga, ketam lumpur dan ketam nipah dan disertakan dengan beberapa jenis sayur. Rambang mata Rosza tengok Fisherman Platter ni tau 😂. Walaupun hidangan ini untuk 5-6 orang, tapi 4 orang je yang melantak pun masih xcukup walaupun dah sumbat makanan lain sebelum tu 😂😂😂. Ouh, ini adalah Fisherman Platter size M tau! p/s : jagung dia sedap sangat 😍
Hah, ini adalah sebahagian je menu yang ada di Crabby Crab tau! Belum semua lagi. Seronok sangat dapat makan seafood dengan harga yang berpatutan 👍.
Restaurant Crabby Crab Seafood & Grill ini beroperasi bermula pukul 2.00 petang hingga 12.00 malam. Xmenyesal datang sini and make sure buat pilihan yang betul, sebab terlampau banyak hidangan yang menarik dan sedap 😍
Nak datang sini?, boleh search seperti yang dibawah
Crabby Crab Seafood & Grill
1A, Jalan Kristal 7,
Seksyen 7,
Shah Alam Selangor
Sebelum Rosza menghabiskan cerita mengenai Restaurant Crabby Crab ini, Rosza ada satu berita gembira untuk korang semua~
Crabby Crab menawarkan BAUCER PROMOSI ISTIMEWA untuk korang semua 😍. Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari seafoodshahalam.com. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai restaurant ini, korang boleh melayari laman sosial mereka di Facebook www.facebook.com/crabbycrabseafood dan di Instagram www.instagram.com/crabbycrabseafood
So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat rebut peluang ini, bukan selalu tau~
Sekian sahaja coretan daripada Rosza kali ini
Anyeong~