Sunday, 18 March 2018

Milo Ais Kepal Viral!!! Kpg Melayu Sg. Buloh

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum W.B.T


Hye korang! Lama nya Rosza x update blog 😅. Banyak yang Rosza nak share dkt korang semua, tapi x tercapai-capai jari-jemari ini untuk menaip dekat lattop 😆 (iklan kejap)
So, ape yang Rosza nk share kali ni? Korang mesti dah tahu pasal milo ais kepal yang dah viral kan? tapi korang dah rasa x? 😲
Ok, kali ni Rosza nak share kedai yang viral dengan milo ais kepal dia. Kali ni Rosza bawak korang pegi Kampung Melayu Sg. Buloh 😆
Kedai yang di beri nama Daughter's Kitchen yang terletak di Lot 105, Kampung Melayu Batu 13 1/2. Kedai ini terletak di tepi jalan je. Xkan sesat lah kalau nak cari. Plus sebelah belakang kedai tu disediakan tempat parking, jadi jangan parking tepi jalan pulak ye 😝



Daughter's Kitchen



Daughter's Kitchen ni sangat famous, so banyak orang tau. Korang kena line up. Jangan meluru masuk nanti ade orang marah. Hmmm, 3 makhluk itu kawan Rosza (Tudung maroon, grey and lelaki yang acah mat salleh 😪)


Tempat nya memang besar, banyak meja and confirm penuh 😆





Ini adalah menu air yang ade dekat kedai ni. Tapi mestilah tujuan utama Rosza adalah nak merasa Milo Ais Kepal diorang 😍. Hanya dengan RM2.90 OK!


Makanan diorang sediakan memang WOW! sebab semua berasaskan WESTERN 😎. But the best part is that Nasi Ayam Rainbow diorang super CHEAP! Only at RM3.90 tau 😱 Giler xmurah 💁


Jajang~ ni lah Nasi Ayam Rainbow dari Daughter's Kitchen. Sedap and sangat-sangat lah berpatutan 😵


The one yang VIRAL!!! Milo ais kepal!!! Rosza bagi SuperZOOM! Terliur dok?


Belanja satu gambar Rosza bersama makanan2. HAPPY FACE 😍


Muka xsabar nak makan (pandang ayam) tapi kawan nak lagi snap gambar 


This is how its look like! Bukan ais yang biasa tu, tapi ais daripada milo jugak! So double MILO 😘. AWAS! hanya untuk penggemar sweet things and MILO!!! sebab memang manis 😂. Tapi xpe, air kosong free boleh amik sendiri ye

Satu je Rosza nak cakap pasal Milo Ais Kepal ni, harga dia berbaloi-baloi! Plus sape nak lagi jimat dan perut kenyang boleh order Nasi Ayam Rainbow! In total Rosza rate 5 💗💗💗💗💗 untuk Milo Ais Kepal dekat Daughter's Kitchen

Nak details lebih lanjut boleh usha di FB Dapur Gadis atau Daughter's Kitchen

Sekian sahaja coretan kali ini 💋

Anyeong~



Wednesday, 3 January 2018

New Outlet Opening of Pak John Steamboat & BBQ at IOI City Mall

Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum W.B.T

Hye semua! Rosza datang kembali dengan membawa berita gembira untuk anda semua. Nak tahu apa? Teruskan membaca ye~

Pak John Steamboat & BBQ? ape tu? Pak John Steamboat & BBQ ini adalah restaurant yang menyediakan dan menyajikan makanan-makanan yang boleh direbus dan dipanggang. Pak John Steamboat & BBQ ini telah beroperasi selama 6 tahun. Cawangan yang pertama dibuka adalah bertempat di e@curve Mutiara Damansara, Petaling Jaya yang bermula operasi pada tahun 2013. Kini, Pak John Steamboat & BBQ meluaskan cawangan nya ke IOI City Mall, Putrajaya 😍, Horayyy!!!

Jadi, kepada pengemar makanan steamboat dan panggang, anda sangatlah digalakkan untuk menjamu selera di Pak John Steamboat & BBQ 🍛🍜🍕🍖🍗🍢🍣🍤🍥🍫🍵🍲


PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ NEW OUTLET OPENING


Sesi mendaftarkan diri 


Sementara kami menunggu ketibaan tetamu istimewa, kami disajikan dengan makanan ringan iaitu gorengan


The one with cheese are my favourite 😍, sedap giler lebih-lebih lagi tengah perut kosong. Korang perlu merasa kebahagiaan nya 😇


Ada pelamin uolls. Bunga pun semua nya fresh belaka



Majlis perasmian pembukaan serta sambutan ulang tahun keenam restaurant Pak John telah disempurnakan oleh pelakon dan penerbit tersohor negara, Datuk Rosyam Nor. Ketibaan Datuk disambut dengan palukan kompang dan persembahan dikir barat. Sangat meriah uolls. Selain itu, majlis ini dihoskan oleh Maria Tunku Sabri dan turut dengan kehadiran pelakon Dazrin Kamrudin serta isterinya.


INSIDE THE PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ


Masuk-masuk je dekat dalam ini, memang terpesona. Sangat luas, xsesak langsung dan selesa sangat-sangat.



Ini adalah sambal-sambal yang disediakan. Rosza terlupa nak amik zoom in punya gambar *apologize me. So, ini adalah bahagian sebelah daripada gambar di atas. Mereka pisahkan hanya dengan kerusi sofa yang comfort 😍



Yang ini pulak adalah bahagian luar, so sesuai untuk anda yang suka menghirup udara segar 💓


MAKANAN DI PAK JOHN STEAMBOAT & BBQ


Waaaaaaaa 😍, terpesona x anda semua apabila melihat ini? Rambang mata okey sebab banyak giler pilihan makanan disediakan. Semuanya boleh direbus dan panggang 


pelbagai jenis sayuran juga disediakan. Jadi, kepada pengemar veggie, xprlu risau sbb dekat sini pun menyediakan pelbagai jenis sayuran 💓


They provide you a lot of choices of soup for steamboat. 😍 better choose the one that you like the most 💋


Makanan yang dah digorengkan pun ada~



Makanan seperti nasi, mee, lauk-lauk lain juga turut disajikan~














Best part adalah ICE CREAM!!!! I love this one so much, my baby 😍. Walaupun gigi Rosza a little bit sensitive, tetapi melantak je benda sejuk mcm ni 


The main star among them all is definitely their freshly slice meat station 😍. Mereka ada beberapa jenis daging yang disediakan iaitu smoked abalone, smoked duck, Australia beef and also New Zealand lamb slice. This one is the Smoked duck slice. I highly RECOMMEND this one! So SEDAP!!!


This one is the smoked abalone slice. This one also very nice 😍


And this one is the New Zealand smoked lamb slice. 


For the dessert, the also have the ICE KACANG 👍


And lastly, got WAFFLE there. So CRUNCHY, CRISPY and I LIKE IT 😍


Ini adalah makhluk-makhluk yang sama-sama melantak di Pak John Steamboat & BBQ


Di sebalik tabir semasa makan, meet Afiq and Aizat 😂


The petite me 😝


And thank you so much Pak John. Kiteorg dahla melantak banyak, then dapat lagi makanan-makanan ni, banyak pulak tu 😭, terharu. Serious sedap, xtipu. Rosza memang RECOMMED sangat, especially the one with cheese inside 😍


Begitulah cerita yang Rosza nak kongsikan kali ini. Rosza bagi LIMA love 💓💓💓💓💓. Banyak sangat makanan yang ada, sehinggakan Rosza xsempat nak amik gambar untuk semuanya. Maklumlah, dah nampak makanan tu lupa diri 😂. 

Pak John Steamboat & BBQ ini berkonsepkan buffet dengan harga RM42.90++ seorang yang menyajikan lebih 160 menu bahan makanan yang boleh direbus dan dipanggang. Pak John Steamboat & BBQ ini bertempat di GE-11, Ground floor, IOI City Mall , Lebuh IRC, IOI Resort City, Putrajaya. Sebarang tempahan atau pertanyaan, anda boleh hubungi di talian +6012-251 8289 atau 03-8957 1128.

Korang, jum lah datang beramai-ramai ke Pak John Steamboat & BBQ

Sekian sahaja coretan kali ini dari Rosza

Anyeong~


Tuesday, 12 December 2017

MEGA Softshell Crab di Crabby Crab Seafood dan Grill Seksyen 7 Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T

Hye semua, Rosza datang kembali untuk review makanan SEAFOOD pulak kali ini 💗
Bagi peminat makanan laut, mesti korang semua teruja apabila Rosza kongsikan cerita mengenai sebuah kedai yang menawarkan pelbagai masakan yang berasasakan ketam 😍

Restaurant yang Rosza maksudkan itu adalah restaurant yang diberi nama Crabby Crab Seafood & Grill. Restaurant ini terletak di Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, Shah Alam. Restaurant ini terletak di bahagian corner. Jadi, senang sangat nak jumpa dan parking kereta korang tu.

JOM KITA MULAKAN!



Masuk kedai je korang akan nampak sign board mereka. "Welcome to Crabby Crab"- best places to take your selfie there 😝


Ruang yang cukup luas dan bersih 👍. Boleh lah datang beramai-ramai terutama sekali untuk keluarga 👪. Korang boleh nampak bahagian drink bar, so boleh usha mcm mana diorg bt air korang secara live 😂. Mereka juga ada menjual slices cake dan popia cheese 😍. Untuk kaum2 yang selalu habis battery handphone, dekat sini ade suis jugak, sambil-sambil makan tu bagi lah phone rehat dan topup battery dia, hihihi. Oppss, xlupa jugak ade tandas dekat belakang dan cermin muka yang besar, boleh tengok muka korg puas-puas dkt situ 😂😂😂


MENU Crabby Crab Seafood & Grill

Recommended menu adalah mega soft shell crab 😍


Mereka juga menawarkan hidangan seperti lala, sotong dan kerang kepah


Fisherman platter adalah top sale dekat restoran ni sebab berbaloi-baloi 😎


Pelbagai jenis minuman yang ditawarkan dan dessert pun ada okeyhhh 
p/s: Rosza nak sangat durian ice cream 😭

Minuman yang dipesan



Teh lemon madu panas. Sesuai sangat untuk orang yang xsuka minum minuman yang sejuk. Dan madu dia sangat sedap 👍


Jus mangga. Jus mangga yang original tanpa tambahan gula. Boleh rasa mangga dia yang sedap 💗. Jenis manusia seperti Rosza, Rosza suka sangat minuman yang fresh, so Rosza recommend jus mangga ni


Banana milkshake. Sedap giler. Cukup segala cukup nya. Xterlebih manis itu paling penting 👍



Mocktail mojito 💗. Best mojito ever 😭. I wanna cry. Mojito ni paling sedap sekali yang Rosza pernah rasa. Sangat fresh dan sedap giler. Rosza bagi 5 bintang 💗💗💗💗💗.  Rosza nak order lagi tapi kedai tutup dah 😭

Hidangan Makanan

Kteorg makan sampai kedai tutup okeyh 😂. Hidangan makanan datang satu persatu. Sebab kami orang istimewa 💁. Jum kita mulakan!



Waaaaaaaaaa.....terliur tak korang tengok ni? Ini adalah MEGA softshell crab burger with salted egg sauce. Omnomnomnom, sedap giler-giler. Especially the crab 👍😍. Hidangan ini di sertakan dengan crispy fries. Memang uhm!



Crabby soup. Hidangan yang simple but very nice. Sesuai makan time musim sejuk-sejuk atau malam. Hidangan ini membuatkan Rosza teringat akan suasana rumah di kampung dan masakan ibunda tercinta 😭. Hidangan ini memang Rosza recommended untuk korang order. Resepi rahsia daripada owner sendiri, katanya daripada Sabah 💗. AND ini adalah ketam bunga or flower crab.


Handsome x saya? 😂. Gigih posing tau 😂😂😂. Ini adalah Chili Crab. Ketam kali ni adalah ketam lumpur or known as mud crab. Besarkan? Besar sangat. This chili sauce manis-manis rasanya mcm mud crab tu jugak 😂. Korang yang suka pedas, nak lagi kick, korang boleh request tau! Jangan ckp Rosza xbagitau. LOL 



Last but not least. Fisherman Platter 😍. Ini lah yang di nanti-nantikan. Fisherman platter ini dihidangkan di atas plastik yang berwarna putih. If korang xsuka makan ala-ala tradisional macam ini, korang boleh makan atas pinggan mcm biasa. Its up to guys 👌. Sos pilihan kami untuk fisherman platter adalah chilli sauce jugak. Memang sedap dan TERBAIK 👍 


Kasi gambar dari atas pulak. Haaaaa~ nampak x? pelbagai jenis seafood dalam satu hidangan ini. Superb berbaloi. Fisherman Platter ini adalah antara hidangan kegemaran pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke Crabby Crab 😍. Dalam Fisherman Platter ini ade 7 jenis seafood tau! Ade sotong, udang, lala, kerang kepah, ketam bunga, ketam lumpur dan ketam nipah dan disertakan dengan beberapa jenis sayur. Rambang mata Rosza tengok Fisherman Platter ni tau 😂. Walaupun hidangan ini untuk 5-6 orang, tapi 4 orang je yang melantak pun masih xcukup walaupun dah sumbat makanan lain sebelum tu 😂😂😂. Ouh, ini adalah Fisherman Platter size M tau! p/s : jagung dia sedap sangat 😍


Hah, ini adalah sebahagian je menu yang ada di Crabby Crab tau! Belum semua lagi. Seronok sangat dapat makan seafood dengan harga yang berpatutan 👍.

Restaurant Crabby Crab Seafood & Grill ini beroperasi bermula pukul 2.00 petang hingga 12.00 malam. Xmenyesal datang sini and make sure buat pilihan yang betul, sebab terlampau banyak hidangan yang menarik dan sedap 😍

Nak datang sini?, boleh search seperti yang dibawah


Crabby Crab Seafood & Grill 
1A, Jalan Kristal 7,
Seksyen 7,
Shah Alam Selangor

Sebelum Rosza menghabiskan cerita mengenai Restaurant Crabby Crab ini, Rosza ada satu berita gembira untuk korang semua~

Crabby Crab menawarkan BAUCER PROMOSI ISTIMEWA untuk korang semua 😍. Untuk keterangan lebih lanjut boleh layari seafoodshahalam.com. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai restaurant ini, korang boleh melayari laman sosial mereka di Facebook www.facebook.com/crabbycrabseafood dan di Instagram www.instagram.com/crabbycrabseafood

So, apa tunggu lagi. Cepat-cepat rebut peluang ini, bukan selalu tau~

Sekian sahaja coretan daripada Rosza kali ini

Anyeong~






Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...