"Memperkasakan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan melalui aplikasi mudah alih pinjaman Mikro Berautomasi Malaysia yang PERTAMA". Begitulah tajuk utama yang Rosza ingin sampaikan kali ini. Pernah tak ada satu masa tu korang kesempitan wang? atau perlu sangat nak guna wang tapi tak adalah banyak sangat. Tapi malu nak pinjam dekat keluarga atau kawan-kawan? Nak pinjam dekat "Along" lagi lah takut 😖. Tak tahu nak pinjam celah mana?
GoodKredit Malaysia menawarkan pinjaman mikro jangka pendek | Ha! So harini Rosza ingin menulis mengenai apa itu GoodKredit. GoodKredit adalah satu aplikasi mudah alih yang direka bagi membantu masyarakat Malaysia yang ingin meminjam wang dalam masa yang singkat. Ini bagi menangani masalah kewangan yang sering dilanda masyarakat pada masa sekarang | GoodKredit Malaysia menawarkan pinjaman mikro jangka pendek.
Apa itu GoodKredit Malaysia?
GoodKredit adalah salah satu aplikasi mudah alih yang menyediakan pinjaman peribadi dalam jangka masa yang pendek tanpa cagaran dengan kadar yang tetap kepada individu yang memerlukan wang untuk kegunaan peribadi. GoodKredit adalah perkhidmatan pinjaman mikro jangka pendek automatik negara yang pertama.Bahaya ke pinjam wang dari GoodKredit?
Tak perlu risau, GoodKredit ini berlesen tau. Ianya dilesenkan di bawah Kredit Komuniti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ditakbir di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951.
Berapa banyak wang yang boleh dipinjam?
GoodKredit menawarkan pinjaman mikro bermula RM1,000 hingga RM10,000. Pinjaman ini berupa wang ringgit ye kawan-kawan. Dalam masa 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan adalah tempoh bayaran balik mengikut jumlah wang yang dipinjam dan atas budi bicara jugak dengan Kadar Peratusan Tahunan (APR) sebanyak 18%, tanpa sebarang cagaran mahupun penjamin.
Syarat gaji untuk pemohon adalah sebanyak RM1,500 sebulan & keatas
Cara-cara nak membuat pinjaman
Pertama: Muat turun aplikasi GoodKredit Malaysia di Apps Store/ Google Play dan daftar akaun anda
Kedua: Anda perlu pilih loan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan
Ketiga: Muat naik dokumen yang diperlukan. Anda akan mendapat email pengesahan dari GoodKredit Malaysia setelah pemohonan & dokumen berkaitan diterima.
Dokumen-dokumen yang diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan Diri (Depan&Belakang)
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Penyata KWSP terkini
- Penyata akaun bank terkini
- Salinan bil elektrik/air terkini
- Dokumen tambahan sekiranya perlu
Senang je kan nak apply? Jadi untuk korang yang tercari-cari dekat mana yang buat pinjaman wang dalam kadar segera yang tidak terlalu besar, yang berlesen dan hanya melalui aplikasi sahaja, korang boleh cuba GoodKredit ini. Janji jangan lupa untuk bayar ok! Hehehe
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari di website GoodKredit atau di laman Facebook GoodKreditMalaysia atau boleh terus hubungi di 03 6140 633
Sekian sahaja coretan Rosza kali ini, jumpa lagi! Anyeong. . .