Assalamualaikum. . .
Masalah
sakit belakang dan juga senggugut ketika haid menjadikan hari-hari korang tidak
ceria? Bila datang haid je, mesti ada sesetengah korang amik pain killer untuk
melegakan kesakitan itu. Ya kan? Ada ke cara lain untuk menghilangkan rasa
sakit belakang dan jugak senggugut?
Haid
ataupun datang bulan merupakan kejadian alami bagi semua golongan wanita. Haid
akan berlaku apabila telur yang dikeluarkan daripada ovari tidak disenyawakan. Apabila wanita datang
bulan, bukan setakat berasa tidak selesa, malah akan mengalami beberapa
kesulitan sebagai contoh, perubahan emosi dimana wanita akan cepat berasa sedih
ataupun melenting, sakit kepala, senggugut, sakit tulang belakang dan ada sesetengah
orang mengalami sakit lutut
EmrysHome&Flexwarm Menstrual Pain Relief
Heat Belt melegakan kesakitan ketika haid |Ha! Jadi harini Rosza ingin kongsikan dengan
korang semua mengenai “EmrysHome&Flewarm
Menstrual Pain Relief Heat Belt”. Panjang betul nama dia kan, hehehehe. Sebagai
wanita, korang pasti mengalami masalah sakit belakang dan jugak senggugut
ketika haid kan? Kalau Rosza, ketika haid akan lebih kepada sakit belakang yang
teramat, terasa ada beban dekat tulang belakang. Rosza tidak mempunyai gangguan
emosi ketika haid, malah menjadi seorang yang lebih ceria. |EmrysHome&Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt melegakan kesakitan ketika haid
KENAPA RASA SAKIT BILA “PERIOD”?
Semasa haid,
otot pada dinding rahim mengalami “contraction”. Sekiranya “contraction”
terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan yang menyebabkan bekalan
oksigen ke rahim tersekat. Disebabkan kekurangan oksigen, otot pada dinding
rahim akan memberi kesan kekejangan atau kesakitan. Sama jugak macam konsep
atlet ketika mereka berlari dan kekurangan oksigen yang menyebabkan kekejangan
pada otot kaki.
BAGAIMANA TUAMAN PANAS MAMPU MENGHILANGKAN SENGGUGUT?
Sebenarnya
banyak cara-cara tradisional yang boleh diamalkan ketika haid bagi melegakan
senggugut. Antaranya adalah bersenam, diet yang betul, pengambilan herba, air
suam atau teh dan juga vitamin. Tetapi fokus Rosza pada harini adalah TUAMAN
PANAS menggunakan EmrysHome&Flexwarm
Menstrual Pain Relief Heat Belt
Mengikut
kajian, menggunakan tuaman panas dapat membantu melancarkan pengaliran darah ke
rahim dan melegakan otot-otot yang kejang. Selain daripada itu, tuaman panas
akan memberi kesan yang selesa pada rahim dan meningkatkan keanjalan pada
rahim.
Oleh kerana
senggugut boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua, korang pasti memerlukan
sesuatu yang sangat mudah dan on the go method.
Tuaman panas secara tradisional
Dengan adanya EmrysHome&Flexwarm
Menstrual Pain Relief Heat Belt ini, masalah senggugut dapat diselesaikan
dengan mudah. Heat Belt
ini sangat lah mudah untuk dibawa kesana kemari dan ianya sangat tipis. Sangat
mudah untuk digunakan dan yang paling penting dia ada power bank untuk bekalan elektrik.
Jadi tidak perlu bersusah payah untuk mencari soket untuk menggunakannya.
Korang nak pergi shopping? Xde masalah, ketika bekerja di pejabat? Xde masalah.
Malah boleh digunakan ketika tidur, lagi lah senang nak lenyapkan mata ketika
haid. Ketika menggunakan Heat Belt ini, suhu akan sentiasa berkekalan, bukan
panas, tetapi suam. Malah cara ini jauh lebih baik daripada menggunakan cara
tradisional tuaman beg panas.
Apa yang
paling best mengenai Heat Belt ini adalah, ianya bukan sahaja boleh digunakan
pada bahagian rahim, malah ianya boleh digunakan pada tulang belakang dan jugak
lutut. Jadi teramatlah mudah dan membantu, terutamanya untuk saya yang jenis sakit tulang
belakang ketika haid.
Emryshome&Flexwarm Heat Belt
CARA MENGUNAKAN EMRYSHOME&FLEXWARM
Pasang dan
ketatkan sama macam korang pasang tali pinggang biasa. Tekan pada butang “Power”
selama 1.5 saat. Heat Belt ini mempunyai 3 tahap suhu yang boleh dikawal mengikut
kemahuan korang sendiri. Untuk menukar tahap suhu, korang tekan sekali untuk
menukar tahap suhu.
Warna biru –
43 degree celcius
Warna
kuning – 50 degree celcius
Warna merah
– 65 degree celcius
Penggunaan
Heat Belt ini tidak boleh digunakan direct kepada kulit badan korang. Ianya
perlu berlapis dengan kain/baju korang.
KELEBIHAN EMRYSHOME&FLEXWARM YANG KORANG PERLU TAHU
Emryshome&Flexwarm
Menstrual Pain Relief Belt ini boleh dicuci begitu sahaja dan boleh dilipat.
Belt ini boleh dicuci setiap hari ataupun setiap kali selepas digunakan. Ini
bagi mengurangkan jangkitan bakteria untuk berlaku. Emryshome&Flexwarm ini
dicipta untuk tahan lasak dan tidak akan mudah rosak sekiranya digunakan setiap
hari.
Emryshome&Flexwarm
ini tersangat lah ringan dan yang senang untuk dibawa. Hanya 72g guys dan 2.3
milimeter untuk ketebalannya, wow! Lebih nipis daripada duit syiling kita.
Design dia dah la cantik, ada 2 colour (pink & hijau), ringan, kecik, tipis dan mudah untuk dibawa. Boleh dibawa
kemana sahaja korang pergi.
Tempat letak power bank
Untuk maklumat lanjut, boleh layari di Facebook mereka Emrys Home atau terus ke website mereka di Emrys.com.
Sekian sahaja coretan Rosza kali ini! Anyeong. . .
No comments:
Post a Comment