Saturday 25 May 2019

Pinjaman Duit Kadar Segera Dengan GoodKredit

Assalamualaikum. . .


"Memperkasakan masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan melalui aplikasi mudah alih pinjaman Mikro Berautomasi Malaysia yang PERTAMA". Begitulah tajuk utama yang Rosza ingin sampaikan kali ini. Pernah tak ada satu masa tu korang kesempitan wang? atau perlu sangat nak guna wang tapi tak adalah banyak sangat. Tapi malu nak pinjam dekat keluarga atau kawan-kawan? Nak pinjam dekat "Along" lagi lah takut 😖. Tak tahu nak pinjam celah mana?




GoodKredit Malaysia menawarkan pinjaman mikro jangka pendek | Ha! So harini Rosza ingin menulis mengenai apa itu GoodKredit. GoodKredit adalah satu aplikasi mudah alih yang direka bagi membantu masyarakat Malaysia yang ingin meminjam wang dalam masa yang singkat. Ini bagi menangani masalah kewangan yang sering dilanda masyarakat pada masa sekarang | GoodKredit Malaysia menawarkan pinjaman mikro jangka pendek.




Apa itu GoodKredit Malaysia?

GoodKredit adalah salah satu aplikasi mudah alih yang menyediakan pinjaman peribadi dalam jangka masa yang pendek tanpa cagaran dengan kadar yang tetap kepada individu yang memerlukan wang untuk kegunaan peribadi. GoodKredit adalah perkhidmatan pinjaman mikro jangka pendek automatik negara yang pertama. 


Bahaya ke pinjam wang dari GoodKredit?

Tak perlu risau, GoodKredit ini berlesen tau. Ianya dilesenkan di bawah Kredit Komuniti oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan ditakbir di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. 

Berapa banyak wang yang boleh dipinjam?

GoodKredit menawarkan pinjaman mikro bermula RM1,000 hingga RM10,000. Pinjaman ini berupa wang ringgit ye kawan-kawan. Dalam masa 6 bulan, 9 bulan atau 12 bulan adalah tempoh bayaran balik mengikut jumlah wang yang dipinjam dan atas budi bicara jugak dengan Kadar Peratusan Tahunan (APR) sebanyak 18%, tanpa sebarang cagaran mahupun penjamin. 

Syarat gaji untuk pemohon adalah sebanyak RM1,500 sebulan & keatas





Cara-cara nak membuat pinjaman


Pertama: Muat turun aplikasi GoodKredit Malaysia di Apps Store/ Google Play dan daftar akaun anda

Kedua: Anda perlu pilih loan dan lengkapkan maklumat yang diperlukan

Ketiga: Muat naik dokumen yang diperlukan. Anda akan mendapat email pengesahan dari GoodKredit  Malaysia setelah pemohonan & dokumen berkaitan diterima. 

Korang boleh tengok video dibawah untuk lagi mudah korang faham 😘



Dokumen-dokumen yang diperlukan
  • Salinan Kad Pengenalan Diri (Depan&Belakang)
  • Slip gaji 3 bulan terkini
  • Penyata KWSP terkini
  • Penyata akaun bank terkini
  • Salinan bil elektrik/air terkini
  • Dokumen tambahan sekiranya perlu
Senang je kan nak apply? Jadi untuk korang yang tercari-cari dekat mana yang buat pinjaman wang dalam kadar segera yang tidak terlalu besar, yang berlesen dan hanya melalui aplikasi sahaja, korang boleh cuba GoodKredit ini. Janji jangan lupa untuk bayar ok! Hehehe

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari di website GoodKredit atau di laman Facebook GoodKreditMalaysia atau boleh terus hubungi di 03 6140 633

Sekian sahaja coretan Rosza kali ini, jumpa lagi! Anyeong. . .

Monday 20 May 2019

Cara Melegakan Senggugut Ketika Haid - Emryshome&Flexwarm

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum. . .


Masalah sakit belakang dan juga senggugut ketika haid menjadikan hari-hari korang tidak ceria? Bila datang haid je, mesti ada sesetengah korang amik pain killer untuk melegakan kesakitan itu. Ya kan? Ada ke cara lain untuk menghilangkan rasa sakit belakang dan jugak senggugut?



Haid ataupun datang bulan merupakan kejadian alami bagi semua golongan wanita. Haid akan berlaku apabila telur yang dikeluarkan daripada ovari tidak disenyawakan. Apabila wanita datang bulan, bukan setakat berasa tidak selesa, malah akan mengalami beberapa kesulitan sebagai contoh, perubahan emosi dimana wanita akan cepat berasa sedih ataupun melenting, sakit kepala, senggugut, sakit tulang belakang dan ada sesetengah orang mengalami sakit lutut

EmrysHome&Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt melegakan kesakitan ketika haid |Ha! Jadi harini Rosza ingin kongsikan dengan korang semua mengenai “EmrysHome&Flewarm Menstrual Pain Relief Heat Belt”. Panjang betul nama dia kan, hehehehe. Sebagai wanita, korang pasti mengalami masalah sakit belakang dan jugak senggugut ketika haid kan? Kalau Rosza, ketika haid akan lebih kepada sakit belakang yang teramat, terasa ada beban dekat tulang belakang. Rosza tidak mempunyai gangguan emosi ketika haid, malah menjadi seorang yang lebih ceria. |EmrysHome&Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt melegakan kesakitan ketika haid



KENAPA RASA SAKIT BILA “PERIOD”?

Semasa haid, otot pada dinding rahim mengalami “contraction”. Sekiranya “contraction” terlalu kuat, saluran darah akan menerima tekanan yang menyebabkan bekalan oksigen ke rahim tersekat. Disebabkan kekurangan oksigen, otot pada dinding rahim akan memberi kesan kekejangan atau kesakitan. Sama jugak macam konsep atlet ketika mereka berlari dan kekurangan oksigen yang menyebabkan kekejangan pada otot kaki.



BAGAIMANA TUAMAN PANAS MAMPU MENGHILANGKAN SENGGUGUT?

Sebenarnya banyak cara-cara tradisional yang boleh diamalkan ketika haid bagi melegakan senggugut. Antaranya adalah bersenam, diet yang betul, pengambilan herba, air suam atau teh dan juga vitamin. Tetapi fokus Rosza pada harini adalah TUAMAN PANAS menggunakan EmrysHome&Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt

Mengikut kajian, menggunakan tuaman panas dapat membantu melancarkan pengaliran darah ke rahim dan melegakan otot-otot yang kejang. Selain daripada itu, tuaman panas akan memberi kesan yang selesa pada rahim dan meningkatkan keanjalan pada rahim.
Oleh kerana senggugut boleh berlaku bila-bila masa dan dimana jua, korang pasti memerlukan sesuatu yang sangat mudah dan on the go method. 


Tuaman panas secara tradisional


Dengan adanya EmrysHome&Flexwarm Menstrual Pain Relief Heat Belt ini, masalah senggugut dapat diselesaikan dengan mudah. Heat Belt ini sangat lah mudah untuk dibawa kesana kemari dan ianya sangat tipis. Sangat mudah untuk digunakan dan yang paling penting dia ada power bank untuk bekalan elektrik. Jadi tidak perlu bersusah payah untuk mencari soket untuk menggunakannya. Korang nak pergi shopping? Xde masalah, ketika bekerja di pejabat? Xde masalah. Malah boleh digunakan ketika tidur, lagi lah senang nak lenyapkan mata ketika haid. Ketika menggunakan Heat Belt ini, suhu akan sentiasa berkekalan, bukan panas, tetapi suam. Malah cara ini jauh lebih baik daripada menggunakan cara tradisional tuaman beg panas.

Apa yang paling best mengenai Heat Belt ini adalah, ianya bukan sahaja boleh digunakan pada bahagian rahim, malah ianya boleh digunakan pada tulang belakang dan jugak lutut. Jadi teramatlah mudah dan membantu, terutamanya untuk saya yang jenis sakit tulang belakang ketika haid.


Emryshome&Flexwarm Heat Belt


CARA MENGUNAKAN EMRYSHOME&FLEXWARM

Pasang dan ketatkan sama macam korang pasang tali pinggang biasa. Tekan pada butang “Power” selama 1.5 saat. Heat Belt ini mempunyai 3 tahap suhu yang boleh dikawal mengikut kemahuan korang sendiri. Untuk menukar tahap suhu, korang tekan sekali untuk menukar tahap suhu.

Warna biru – 43 degree celcius
Warna kuning – 50 degree celcius
Warna merah – 65 degree celcius

Penggunaan Heat Belt ini tidak boleh digunakan direct kepada kulit badan korang. Ianya perlu berlapis dengan kain/baju korang.



KELEBIHAN EMRYSHOME&FLEXWARM YANG KORANG PERLU TAHU

Emryshome&Flexwarm Menstrual Pain Relief Belt ini boleh dicuci begitu sahaja dan boleh dilipat. Belt ini boleh dicuci setiap hari ataupun setiap kali selepas digunakan. Ini bagi mengurangkan jangkitan bakteria untuk berlaku. Emryshome&Flexwarm ini dicipta untuk tahan lasak dan tidak akan mudah rosak sekiranya digunakan setiap hari.
Emryshome&Flexwarm ini tersangat lah ringan dan yang senang untuk dibawa. Hanya 72g guys dan 2.3 milimeter untuk ketebalannya, wow! Lebih nipis daripada duit syiling kita. Design dia dah la cantik, ada 2 colour (pink & hijau), ringan, kecik, tipis dan mudah untuk dibawa. Boleh dibawa kemana sahaja korang pergi.

Tempat letak power bank


Sekiranya korang ingin membeli Emryshome&Flexwarm Heat Belt ini, korang boleh gunakan referral code Rosza iaitu "ZA18" untuk mendapatkan 18% OFF!!!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari di Facebook mereka Emrys Home atau terus ke website mereka di Emrys.com.

Sekian sahaja coretan Rosza kali ini! Anyeong. . .

Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...