Friday 29 March 2019

Kitsui Pim'Pal Away Berkesan Menghilangkan Jerawat


بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum semua! Rosza datang kembali 😎

Kitsui Pim’pal Away berkesan menghilangkan jerawat | Kali ini Rosza ingin kongsikan rahsia dekat anda semua. Masalah jerawat sangat normal bagi kita yang baru nak angkat bujang iaitu dalam lingkungan usia 13 tahun hingga 24 tahun. Akan tetapi, ianya tidaklah normal sekiranya jerawat ini terlampau banyak dikulit muka. Kalau jerawat tu singgah sekejap sahaja tidak mengapa, tepi sekiranya jerawat tu duduk memanjang di wajah memamg sakit hati jugak lah tambahan pulak dengan kesan parut jerawat. Tertekan sis! |Kitsui Pim’pal Away berkesan menghilangkan jerawat.



 Kitsuit Pim'Pal Away 😀


Tidak banyak produk yang mengeluarkan produk rawatan khas untuk jerawat secara minum/makan. Akan tetapi, Kitsui Pim’Pal Away adalah salah satu produk yang asli dan juga selamat untuk di konsumsi. Yang tidak mempunyai masalah jerawat juga turut boleh untuk mengambil Kitsui Pim’Pal Away bagi mencegah jerawat. 


Manfaat Kitsui Pim’Pal Away

  •            Mengecilkan ruang pori
  •           Mencegah serta menghilangkan jerawat
  •           Membaiki struktur kulit (masalah parut jerawat)
  •           Mengatasi masalah kulit berminyak
  •           Mengatasi masalah kulit berminyak yang bengkak dan bernanah
  •           Menghilangkan masalah blackhead & whitehead di muka



Apa yang terkandung di dalam Kitsui Pim’Pal Away


  •        Maltodextrin

  •    Sucrose
  •         Non dairy creamer
  •         Hydrolized collagen
  •         Xantham gum
  •         Vitamin C+
  •         Permitted food flavouring

  •        Citrix acid


Cara pengambilan Kitsui Pim'Pal Away

Campurkan 1 paket Kisui Pim'Pal Away ke dalam 150mL air. Air terpulang dengan citarasa masing-masing. Boleh air suam, air sejuk ataupun air kosong biasa. Goncang sehing serbuk larut dan ianya sedia untuk diminum. Banyakkan mengambil air kosong untuk kesan terbaik.

Produk sesuai diambil selepas sarapan atau sebelum tidur (waktu yang dicadangkan ialah sebelum tidur kerana penyerapan yang lebih tinggi pada waktu malam)



Kitsui Pim'Pal Away | Menghilangkan jerawat


Kesemua produk Kitsui adalah bukan ubat akan tetapi inya adalah superfood yang mana menggunakan makanan harian seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kolagen dari ikan sebagai kandungan. Produk Kitsui mempunyai No rujukan dari KKM sahaja.


 Pantang larang/tips pengambilan Kitsui 

  1. Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya
  2. Elakkan pengambilan KAFEIN sebab boleh mempercepatkan penuan
  3. Jangan ambil semasa haid sebab masa itu sistem penyerapan badan masih lemah
  4. Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ada mengambil UBAT dari klinik/hospital
  5. Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika ada mengamalkan jamu/supplement/lain-lain
  6. Sesuai diambil selepas kandungan/bayi berusia 4 bulan keatas untuk ibu mengandung/menyusu
  7. Produk slimming/deto TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung
  8. Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter untuk kesan terbaik
  9. Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa jenis produk
  10. Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau resdung

Belanja selfie sikit 😝





Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh terus ke:


Website: kitsui.com.my Facebook: kitsuimy Instagram: kitsuimalaysia


Produk boleh didapati dengan mudah di Watson ataupun Guardian


Sekian sahaja coretan Rosza buat kali ini. Jumpa lagi! Anyeong 🌹

Friday 22 March 2019

Review Dr Buds Organics menyelesaikan masalah kulit anda #guardiangayasquad

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Rosza is BACK! Kali ini Rosza ingin berkongsi tentang produk dari Dr Buds Organics. Sebelum itu, Rosza ingin menyatakan bahawa Rosza mengalami masalah rambut gugur yang agak kritikal. Setiap kali selepas mandi, rambut pasti banyak yang gugur. Agak tertekan dengan faktor ini. Akan tetapi, setelah Rosza diperkenalkan dengan Dr. Buds Organics ini, masalah Rosza yang dialami sejak matrik lagi lesap hanya dengan sekali penggunaan. Rosza sangat terkejut dan kagum akan keberkesaan produk ini 😱😘😍


Penjagaan Rambut Menggunakan Dr. Buds Organics




Bud Organics diasaskan pada 2003 yang memfokuskan kepada produk-produk penjagaan semula jadi untuk bayi yang dihasilkan untuk anak pengasasnya sendiri. Semenjak itu, Bud Organics berkembang maju dengan mencipta setiap produk dihasil menggunakan bahan-bahan yang berasaskan organik tanpa bahan kimia sesekali pun. Semua produk Bud Organics diformulasi mengikut piawaian keselamatan yang ketat dan selamat digunakan untuk bayi. Bud Organics kini mempunyai rangkaian jenama untuk pelbagai peringkat usia yang terdiri daripada Buds Baby, Buds for Kids, Dr Buds Organics, Esmeria dan Buddies (penjagaan organik untuk haiwan kesayangan).


Latar belakang mengenai Dr. Buds Organics

Buds Organics tercipta kerana anak-anak KK (co-founder) menderita ekzema ketika mereka masih bayi. Produk Buds Organics dicipta hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang paling berkesan, asli dan selamat. Pengalaman peribadinya yang pernah menghidapi masalah jerawat di usia remaja telah menjadi pendorong beliau untuk menghasilkan rawatan khas untuk masalah kulit yang sering dialami oleh para remaja.

Dengan kombinasi kemajuan sains dan juga kehebatan alam semula jadi, Dr. Buds Organics menggunakan bahan-bahan organik yang terbaik dan juga yang mendapat kelulusan dalam empat rangkaian produk bagi membantu merawat masalah kulit yang spesifik : Easy-Clear untuk ekzema, Acne Rescue bagi akne, Hair Loss Rescue untuk rambut gugur dan Dandruff Rescue bagi kelemumur. Rangkaian tersebut hanya menggunankan bahan-bahan alami yang dikenalpasti sebagai bahan yang mujarab sejak sekian lama 💗.



Diiktiraf Organik oleh ECOCERT, Perancis

Dr Buds Organics terus mematuhi polisi ketat syarikat bagi memastikan hanya bahan-bahan semula jadi dan organik digunakan tanpa sebarang bahan kimia yang merbahayakan. Sebilangan selebriti juga turut menunjukkan minat akan produk-produk organik sebagai sebahagian gerakan yang dikenalpasti sebagai "kecantikan yang bersih" tetapi ianya telah lama menjadi mantra oleh Buds Organics sejak dulu lagi.

Rangkaian produk Buds Organic telah diiktiraf oleh ECOCERT, Perancis sebagai produk yang sangat asli dan berkesan. ECOCERT adalah antara pertubuhan pensijilan antarabangsa yang mematuhi piawai pengiktirafan yang ketat. Dengan sokongan ECOCERT, para pengguna menjadi lebih yakin terhadap produk Dr. Buds Organics yang seratus peratus hanya menggunakan bahan-bahan alami dan organik.

Malah pakar Allergi dan Imunologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, turut memberi maklum balas mengakui akan keberkesanan produk Dr. Buds Organics tanpa memberi kesan negatif kepada penggunanya.



Senarai Produk Dr. Buds Organics

Acne Rescue

• Acne Rescue Mild Cleanser 150ml – RM 75.90
• Acne Rescue Sebum Control Gel 50ml – RM 82.90
• Acne Rescue Acne Control Cream 30ml – RM 75.90


Easy-Clear Rescue

• Easy-Clear Rescue Soothing Cleanser 300ml – RM 69.90
• Easy-Clear Rescue Soothing Lotion 75ml – RM 79.90
• Easy-Clear Rescue Intensive Cream 50ml – RM 86.90



Dandruff Rescue

• Dandruff Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
• Dandruff Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
• Dandruff Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90


Hair Loss Rescue

• Hair Loss Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
• Hair Loss Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
• Hair Loss Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90




Rangkaian produk Dr. Buds Organics kini boleh didapati di kedai fizikal Guardian Malaysia atau di talian guardian.com.my ataupun terus melalui laman web rasmi Dr. Buds Organics di drbudsorganics.com

Setakat ini sahaja entri Rosza kali ini. Jumpa lagi! Anyeong







Monday 4 March 2019

Berjalan-jalan di Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😎

Sekian lama Rosza tak update blog Rosza ni. Maklum lah, sibuk jadi student, sekarang dah kerja, jadi Rosza sibuk sikit lah. InsyaAllah selepas ni, Rosza akan aktif kembali di Blog. So, kali ini Rosza nak share dekat korang mengenai Genting Highland 😆

Siapa tak kenal Genting Highland ni? Sudah tentu korang tahu, walaupun tak pernah pergi lagi, tetapi nama dia memang sangat teramat lah dikenali semua rakyat Malaysia.

Nak diceritakan lah, hari Rosza offday, saja-saja nak bercuti jalan-jalan makan angin. Jadi, terlintas lah di fikiran untuk pergi melawat ke Genting Highland. Hampir 5 tahun kaki ni tak jejak Genting Highland dek menunggu Outdoor games dekat Genting siap 😥.

Jadi, Rosza bersama-sama Zandra, Ekmal dan juga Mizan pergi "berkelah" di Genting Highland 😂 *jauh benar nak berkelah 

Dekat Genting sekarang ni, Outdoor games tak bukak lagi. Jadi kitaorang berjalan-jalan makan angin lah di Genting ni. 

Memula sampai dekat Genting memang confuse. Yelah, sebab lama dah tak pergi kan. Oleh kerana trip kitaorang ni nak berjimat duit, jadi kitaorang cari tempat parking yang free 😂. Tak mampu den nak bayar parking tiket dari siang sampai malam 😵. Tempat parking free sebenar nya banyak je. Dekat area taman pun ada, tapi memandangkan kitaorang tak jumpa parking yang proper, jadi kami parking berdekatan dengan balai polis 😂 *selamat kereta.

Aktiviti yang kitaorang lakukan adalah berkelah. Di mana kami buat "pot-luck". Jadi, masing-masing ada bawak makanan untuk dikongsi bersama 💁. Selepas itu kitaorang berjalan-jalan di Skytropolis Funland. 

Skytropolis Funland adalah indoor game yang pertama di dunia 😱. Pelbagai jenis mainan yang ada di dalam itu, sungguh menarik 😃. Harga tiket seperti dibawah: 

Harga tiket setiap permainan

Hari bekerja (Isnin-Jumaat) : RM11
Hari minggu/cuti umum : RM16

Harga tiket untuk semua permainan : RM64

Selain itu, kitaorang juga naik kereta kabel dari Genting World menuju ke Genting Highland Premium Outlets (GPO). Dekat GPO, pelbagai outlet-outlet kedai yang ada dan tersangat lah murah kalau dibandingkan harga outlet kedai di bumi yang rata ini 😂. Sesiapa yang datang bukan untuk berjimat-jimat tu boleh lah melabur dekat sini, seriously berbaloi-baloi 😍. Harga tiket naik kereta kabel dah naik 😖. Macam biasalah, ada kiosk untuk pembelian tiket dan jugak kaunter biasa. Harga seperti di bawah:

Standard Gondola
One-way : RM 9
Return trip : RM 16

Glass Gondola
One-way : RM 18
Return trip : RM 30

Kepada sesiapa yang nak meluangkan masa-masa cuti anda, boleh lah datang ke Genting Highlands untuk berjalan-jalan menghirup udara segar dan juga sejuk 😎. 

Waktu malam, tak tipu guys. Tersangat-lah sejuk sampai Rosza nak menuju ke kereta pun terpaksa bersembunyi di sebalik bunga-bunga renek yang tiada lebat nya daun nya 😂 *gigih. 

Ok, so Rosza ada video pendek trip ke Genting Highland 😁

Itu sahaja coretan Rosza kali ini. Anyeong

Youtube : https://bit.ly/2GZZMai



Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...