Friday 22 March 2019

Review Dr Buds Organics menyelesaikan masalah kulit anda #guardiangayasquad

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t

Rosza is BACK! Kali ini Rosza ingin berkongsi tentang produk dari Dr Buds Organics. Sebelum itu, Rosza ingin menyatakan bahawa Rosza mengalami masalah rambut gugur yang agak kritikal. Setiap kali selepas mandi, rambut pasti banyak yang gugur. Agak tertekan dengan faktor ini. Akan tetapi, setelah Rosza diperkenalkan dengan Dr. Buds Organics ini, masalah Rosza yang dialami sejak matrik lagi lesap hanya dengan sekali penggunaan. Rosza sangat terkejut dan kagum akan keberkesaan produk ini 😱😘😍


Penjagaan Rambut Menggunakan Dr. Buds Organics




Bud Organics diasaskan pada 2003 yang memfokuskan kepada produk-produk penjagaan semula jadi untuk bayi yang dihasilkan untuk anak pengasasnya sendiri. Semenjak itu, Bud Organics berkembang maju dengan mencipta setiap produk dihasil menggunakan bahan-bahan yang berasaskan organik tanpa bahan kimia sesekali pun. Semua produk Bud Organics diformulasi mengikut piawaian keselamatan yang ketat dan selamat digunakan untuk bayi. Bud Organics kini mempunyai rangkaian jenama untuk pelbagai peringkat usia yang terdiri daripada Buds Baby, Buds for Kids, Dr Buds Organics, Esmeria dan Buddies (penjagaan organik untuk haiwan kesayangan).


Latar belakang mengenai Dr. Buds Organics

Buds Organics tercipta kerana anak-anak KK (co-founder) menderita ekzema ketika mereka masih bayi. Produk Buds Organics dicipta hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang paling berkesan, asli dan selamat. Pengalaman peribadinya yang pernah menghidapi masalah jerawat di usia remaja telah menjadi pendorong beliau untuk menghasilkan rawatan khas untuk masalah kulit yang sering dialami oleh para remaja.

Dengan kombinasi kemajuan sains dan juga kehebatan alam semula jadi, Dr. Buds Organics menggunakan bahan-bahan organik yang terbaik dan juga yang mendapat kelulusan dalam empat rangkaian produk bagi membantu merawat masalah kulit yang spesifik : Easy-Clear untuk ekzema, Acne Rescue bagi akne, Hair Loss Rescue untuk rambut gugur dan Dandruff Rescue bagi kelemumur. Rangkaian tersebut hanya menggunankan bahan-bahan alami yang dikenalpasti sebagai bahan yang mujarab sejak sekian lama 💗.



Diiktiraf Organik oleh ECOCERT, Perancis

Dr Buds Organics terus mematuhi polisi ketat syarikat bagi memastikan hanya bahan-bahan semula jadi dan organik digunakan tanpa sebarang bahan kimia yang merbahayakan. Sebilangan selebriti juga turut menunjukkan minat akan produk-produk organik sebagai sebahagian gerakan yang dikenalpasti sebagai "kecantikan yang bersih" tetapi ianya telah lama menjadi mantra oleh Buds Organics sejak dulu lagi.

Rangkaian produk Buds Organic telah diiktiraf oleh ECOCERT, Perancis sebagai produk yang sangat asli dan berkesan. ECOCERT adalah antara pertubuhan pensijilan antarabangsa yang mematuhi piawai pengiktirafan yang ketat. Dengan sokongan ECOCERT, para pengguna menjadi lebih yakin terhadap produk Dr. Buds Organics yang seratus peratus hanya menggunakan bahan-bahan alami dan organik.

Malah pakar Allergi dan Imunologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr. Amir Hamzah Abdul Latiff, turut memberi maklum balas mengakui akan keberkesanan produk Dr. Buds Organics tanpa memberi kesan negatif kepada penggunanya.



Senarai Produk Dr. Buds Organics

Acne Rescue

• Acne Rescue Mild Cleanser 150ml – RM 75.90
• Acne Rescue Sebum Control Gel 50ml – RM 82.90
• Acne Rescue Acne Control Cream 30ml – RM 75.90


Easy-Clear Rescue

• Easy-Clear Rescue Soothing Cleanser 300ml – RM 69.90
• Easy-Clear Rescue Soothing Lotion 75ml – RM 79.90
• Easy-Clear Rescue Intensive Cream 50ml – RM 86.90



Dandruff Rescue

• Dandruff Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
• Dandruff Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
• Dandruff Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90


Hair Loss Rescue

• Hair Loss Rescue Soothing Shampoo 300ml – RM 69.90
• Hair Loss Rescue Soothing Conditioner 150ml – RM 49.90
• Hair Loss Rescue Soothing Scalp Serum 150ml – RM 79.90




Rangkaian produk Dr. Buds Organics kini boleh didapati di kedai fizikal Guardian Malaysia atau di talian guardian.com.my ataupun terus melalui laman web rasmi Dr. Buds Organics di drbudsorganics.com

Setakat ini sahaja entri Rosza kali ini. Jumpa lagi! Anyeong







1 comment:

Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...