Monday 17 June 2019

Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua

Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun diperkayakan dengan nutrisi yang tinggi yang kita selalu panggil SERUM. Berbeza dengan masker biasa (bedak sejuk, mud mask) yang kita apply kemudian tunggu 15-20 minit baru bilas dan apply lagi serum dekat muka selepas itu. Dengan sheet mask, korang tak payah susah-susah nak apply serum lagi dekat muka, sebab semua dah ada dekat situ 😍





Cantikkan kulit dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask| Harini Rosza akan ceritakan mengenai mask sheet daripada "Le Shenz Moisturizing Pearl Mask". Tak kira lelaki ataupun perempuan, dua-dua kena jaga kulit. Masker muka adalah salah satu penjagaan kulit korang ye. Ianya sangat lah mudah, korang tempek je dekat kulit muka korang dan tinggalkan dalam beberapa minit, kemudian tanggalkan. Tak susah pun kan? Bagi Rosza, Rosza memang suka guna masker, sebab bila pakai je mesti kulit sejuk dan nyaman. Terasa macam kulit dapat semua nutrisi yang diperlukan. Lagi best kalau masker tu kita letak dulu dalam peti ais. Hehehe. |Cantikkan kulit dengan Le Shenz Moisturizing Pearl Mask.




Kelebihan penggunaan Sheet Mask

Sheet yang direndam sepenuhnya dengan serum dan mengandungi pelbagai nutrisi yang berkhasiat kepada kulit kita, sebagai contoh vitamins dan hyaluronic acid. Semua kandungan nutrisi adalah berbentuk cecair. Sheet yang diletakkan ke atas kulit muka adalah berfungsi bagi mengelakkan cecair nutrisi untuk tersejat dengan cepat. Oleh itu, ia memanjangkan lagi tempoh masa untuk cecair nutrisi di serap ke dalam kulit kita. Sheet mask jauh lebih baik berbanding dengan serum biasa yang kita selalu apply ke muka kita. 


Cara menggunakan Sheet Mask

Tersangatlah mudah untuk digunakan! Pastikan kulit muka korang dah pun dicuci dengan bersih. Kemudian, korang tempek je dekat kulit muka korang. Biarkan selama 20-30 minit, tanggalkan dan NIKMATI kulit yang cantik, lembab dan berseri 😍😍😍. Boleh digunakan sekerap berapa yang korang nak dalam hari yang sama ataupun minggu. Akan tetapi, adalah digalakkan hanya 3-4 kali seminggu dan sekali penggunaan dalam sehari bagi langkah berjaga-jaga. Sheet mask adalah yang terbaik, korang pakai sheet mask kemudian terpulanglah nak tengok TV, memasak, cuci rumah dan lain-lain. Yang paling seronok lepas pakai, tak perlu pun cuci muka 😎. 

Kandungan Utama Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Kandungan utama yang digunakan adalah mutiara. Secara umum nya, ramai yang tahu mutiara ini sangat lah elok digunakan untuk kulit. Ini kerana terlampau banyak khasiat ataupun kelebihan penggunaan mutiara. Antaranya ialah, mampu mencerahkan kulit, merawat masalah jerawat, mengembalikan keremajaan kulit wajah, mengekalkan kelembapan pada kulit wajah dan banyak lagi. Korang boleh cuba google kelebihan penggunaan produk yang mengandungi Pearl. 

Selain daripada itu, Le Shenz Moisturizing Pearl Mask juga mengandungi ekstrak tumbuhan yang memberi khasiat yang lengkap untuk kulit wajah anda. 


Setiap satu kotak mengandungi TIGA paket Le Shenz Moisturizing Pearl Mask. Sekarang ni, Rosza nak inform dekat korang yang diorang tengah buat sale 😱. Dengan pembelian 2 KOTAK Le Shenz Moisturizing Pearl Mask, korang akan dapat 2 lagi kotak! So BUY 2 FREE 2 dan FREE SHIPPING 😭. Cepat-cepat GRAB tau! Jangan sesekali lepaskan peluang ini. Bermula 17 June hingga 21 June 2019



Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang sendiri boleh layari di website :


Sekian sahaja coretan daripada Rosza kalini. Jumpa lagi! Anyeong!

Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...