Monday 4 March 2019

Berjalan-jalan di Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😎

Sekian lama Rosza tak update blog Rosza ni. Maklum lah, sibuk jadi student, sekarang dah kerja, jadi Rosza sibuk sikit lah. InsyaAllah selepas ni, Rosza akan aktif kembali di Blog. So, kali ini Rosza nak share dekat korang mengenai Genting Highland 😆

Siapa tak kenal Genting Highland ni? Sudah tentu korang tahu, walaupun tak pernah pergi lagi, tetapi nama dia memang sangat teramat lah dikenali semua rakyat Malaysia.

Nak diceritakan lah, hari Rosza offday, saja-saja nak bercuti jalan-jalan makan angin. Jadi, terlintas lah di fikiran untuk pergi melawat ke Genting Highland. Hampir 5 tahun kaki ni tak jejak Genting Highland dek menunggu Outdoor games dekat Genting siap 😥.

Jadi, Rosza bersama-sama Zandra, Ekmal dan juga Mizan pergi "berkelah" di Genting Highland 😂 *jauh benar nak berkelah 

Dekat Genting sekarang ni, Outdoor games tak bukak lagi. Jadi kitaorang berjalan-jalan makan angin lah di Genting ni. 

Memula sampai dekat Genting memang confuse. Yelah, sebab lama dah tak pergi kan. Oleh kerana trip kitaorang ni nak berjimat duit, jadi kitaorang cari tempat parking yang free 😂. Tak mampu den nak bayar parking tiket dari siang sampai malam 😵. Tempat parking free sebenar nya banyak je. Dekat area taman pun ada, tapi memandangkan kitaorang tak jumpa parking yang proper, jadi kami parking berdekatan dengan balai polis 😂 *selamat kereta.

Aktiviti yang kitaorang lakukan adalah berkelah. Di mana kami buat "pot-luck". Jadi, masing-masing ada bawak makanan untuk dikongsi bersama 💁. Selepas itu kitaorang berjalan-jalan di Skytropolis Funland. 

Skytropolis Funland adalah indoor game yang pertama di dunia 😱. Pelbagai jenis mainan yang ada di dalam itu, sungguh menarik 😃. Harga tiket seperti dibawah: 

Harga tiket setiap permainan

Hari bekerja (Isnin-Jumaat) : RM11
Hari minggu/cuti umum : RM16

Harga tiket untuk semua permainan : RM64

Selain itu, kitaorang juga naik kereta kabel dari Genting World menuju ke Genting Highland Premium Outlets (GPO). Dekat GPO, pelbagai outlet-outlet kedai yang ada dan tersangat lah murah kalau dibandingkan harga outlet kedai di bumi yang rata ini 😂. Sesiapa yang datang bukan untuk berjimat-jimat tu boleh lah melabur dekat sini, seriously berbaloi-baloi 😍. Harga tiket naik kereta kabel dah naik 😖. Macam biasalah, ada kiosk untuk pembelian tiket dan jugak kaunter biasa. Harga seperti di bawah:

Standard Gondola
One-way : RM 9
Return trip : RM 16

Glass Gondola
One-way : RM 18
Return trip : RM 30

Kepada sesiapa yang nak meluangkan masa-masa cuti anda, boleh lah datang ke Genting Highlands untuk berjalan-jalan menghirup udara segar dan juga sejuk 😎. 

Waktu malam, tak tipu guys. Tersangat-lah sejuk sampai Rosza nak menuju ke kereta pun terpaksa bersembunyi di sebalik bunga-bunga renek yang tiada lebat nya daun nya 😂 *gigih. 

Ok, so Rosza ada video pendek trip ke Genting Highland 😁

Itu sahaja coretan Rosza kali ini. Anyeong

Youtube : https://bit.ly/2GZZMai



No comments:

Post a Comment

Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...