Tuesday 30 April 2019

Antioxidant Serum | Sanny & Joleen Lifestyle

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua. . .

“Antioxidant Serum” asli, ringan dan lembut | Harini Rosza ingin kongsikan kepada korang semua mengenai “Antioidant Serum”. Zaman sekarang walaupun sudah pelbagai produk yang telah dihasilkan, masih juga kita mementingkan produk yang mengandungi bahan-bahan asli. Betul tak? Rosza secara peribadi, lebih mementingkan bahan-bahan yang dikandungi oleh sesuatu produk adalah daripada bahan-bahan yang asli. Pernah dengar ke “Antioxidant Serum” ni? Rosza yakin tidak ramai yang mengetahuinya. Jadi disini, Rosza akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai “Antioxidant Serum” | “Antioxidant Serum”, asli, ringan dan lembut”

Sanny & Joleen Lifestyle Serum



Antioxidant Serum adalah produk buatan Malaysia oleh Sanny & Joleen Lifestyle. Misi Sanny & Joleen lifestyle adalah untuk menghasilkan produk-produk yang ringkas dan juga premium kepada penggunanya dengan tanpa bahan-bahan kimia yang merbahaya dengan harga yang berpatutan.

Bahan-bahan utama yang digunakan di dalam “Antioxidant Serum” adalah : 1) Tocotrienol (Vitamin E), 2) Panthenol (Pro-vitamin B5). 3) Niacinamide (Vitamin B3). 4) Calendula dan Olive oil. Produk ini tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya tanpa wangian sintetik, pewarna tambahan dan alkohol.


Premium Vitamin E formulasi tanpa minyak 


Apa keistimewaan “Antioxidant Serum” ini berbanding dengan serum-serum yang ada di luar sana? Haaaa… Keistimewaan “Antioxidant Serum” ini adalah ianya mengandungi “Tocotrienol”. Ape itu tocotrienol? Tocotrienol adalah premium Vitamin E yang mengandungi 40 hingga 60 kali ganda antioxidant berbanding dengan Vitamin E alpha-tocopherol yang biasa digunakan produk-produk lain. Tocotrienol ini telah terbukti di dalam kajian! Korang semua boleh cuba tanya Mr.Google. Selain daripada itu, “Antioxidant Serum” ini di formulasikan tanpa minyak dan sejuk.

40-60 kali ganda kandungan antioxidant


“Antioxidant Serum” ini mampu mencerahkan dan menyihatkan kulit dan juga menghidratkan kulit. Serum ini boleh di-aplikasikan di kulit muka dan juga badan. Ianya tidak berminyak dan penyerapan yang cepat pada kulit. Gunakan dua kali sekali selepas mencuci muka ataupun badan. Waktu yang disarankan adalah pada waktu siang dan juga malam.

Serum ini boleh didapatkan di farmasi-farmasi berdekatan anda. Senarai farmasi boleh didapatkan di sannyjoleen.com

Untuk maklumat yang lebih lanjut, korang boleh terus ke:
Facebook: sannyjoleen

Sekian itu sahaja coretan daripada Rosza kali ini. Anyeong! 💋

2 comments:

  1. Wow..macam best je. Patutlah kulit sis cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. awwww..terima kasih atas pujian itu, malu lh nk jumpa :p

      Delete

Cantikkan kulit wajah dengan Sheet Mask by Le Shenz Moisturizing Pearl Mask

Assalamualaikum semua Apa itu sheet mask sebenarnya? Ianya merupakan masker fabrik yang mengikut bentuk muka kita. Dimana ianya telah pun...